Ayu Damit & Sharifah Aleya Dapat Anak Lelaki



Penyanyi dan juara program One In A Milion Ayu Damit selamat melahirkan anak ketiganya kira-kira pukul 11.15 pagi Sabtu lalu.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 25, melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.




Bagaimanapun Ayu dan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 27, masih belum memberikan nama kepada bayi mereka itu namun keadaan ibu dan anak dalam keadaan baik.

Ayu dan Syed Fauzi mempunyai dua lagi orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal, 5 dan Sharifah Alya Adriana, 2.



Aleya berkongsi berita kelahiran anak ketiganya di Instagram.

Manakala pada April tahun lalu, Ayu memberitahu dia mengambil seorang anak angkat iaitu Nur Qalisya Humairah yang kini berusia setahun.

Sementara itu, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya turut bersalin anak lelaki pada pukul 5.50 pagi, Jumaat lalu.

Bekas penyampai radio Hot FM itu melahirkan anak hasil perkongsian hidup dengan Mohammed Azam Abdullah atau Miko itu secara normal di Pusat Pakar Universiti Malaya di sini.

Aleya turut mempunyai anak pasangan kembar iaitu Asha Ameena dan Aza Ameena hasil daripada perkahwinan pertamanya.



Previous Post Next Post