Filem Pertama Donnie (Ada Band) Ditayang Di Malaysia


Donnie dan gandingannya Nadine

Lakonan pertama vokalis kumpulan Indonesia Ada Band iaitu Donnie dalam filem Cinta Kota Raja ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia dan Brunie bermula 15 Januari lalu.

Donnie atau nama sebenarnya, Donnie Sibarani berkata, pada awalnya dia hanya diminta untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut sahaja iaitu berjudul Izinkan.




"Awalnya kami, Ada Band cuma diminta untuk mencipta sebuah lagu soundtrack yang bersesuaian dengan filem ini.

"Kemudian pengarah iaitu Bambang Drias menawarkan saya untuk terlibat berikutan watak sayan diberikan itu adalah berkaitan dengan diri saya sebagai pemuzik," ujarnya.

Filem bergenre romantik ini pada awalnya menggunakan tajuk Erau Di Kota Raja dan telah ditukar kepada Cinta Kota Raja adalah mengikut kesesuaian untuk tayangan di Malaysia dan Brunei.

Trailer: Cinta Kota Raja



Tambah Donnie, pengalamannya berlakon dalam muzik video lagu-lagu Ada Band sebelun jni memberi kelebihan kepadanya.

Bagaimanapun, dia akui bidang lakonan bukan sesuatu yang mudah berbanding nyanyian di atas pentas.

"Saya agak gugup ketika berlakon kerana ia sangat susah kerana segalanya terikat dengan skrip tidak seperti menyanyi di atas pentas.

"Namun, saya banyak dibantu oleh tenaga produksi sehingga saya dapat membawa watak tersebut dengan baik sekali," ujarnya.

Filem edaran Alternate Pictures ini dibintangi oleh Nadine Chandrawinata (Puteri Indonesia 2005) , Denny Sumargo, Donnie ‘ADA BAND’, Jajang C. Noer, Ray Sahetapy dan Herrichan.

Cinta Di Kota Raja mengisahkan seorang wartawan, Kirana (Nadine Chandrawinata) ditugaskan membuat liputan Festival Antarabangsa Erau di Kutai Kartanegara.

Semasa membuat liputan di situ, Kirana berkenalan dengan seorang pemuda tempatan bernama Reza (Denny Sumargo ) dan secara tidak langsung Kirana jatuh hati kepada Reza. Percintaan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu Reza (Jajang C. Noer).

Pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu Reza bagi mengusir KIRANA dari tempatnya. Kehadiran DONI (Donnie ‘ADA BAND’) di situ menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.



Previous Post Next Post