#GegarVaganza: Ayai Illusi Tepati Ramalan, Bawa Pulang RM100,000



Penyanyi Ayai (Illusi) menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Kemenangan tersebut membolehkan Ayai membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.




Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist dengan memberikan persembahan mantapnya.

Lagu yang telah dipersembahkan Ayai pada Konsert Akhir Gegar Vaganza ialah Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad.

“Secara jujurnya saya berada di pertandingan ini pun kerana menggantikan seorang penyanyi lain yang telah menarik diri.

“Saya sendiri tidak menyangka akan berada hingga ke tahap ini. Syukur rezeki berpihak kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Akhir Gegar Vaganza.

Ayai juga berharap agar kemenangannya ini menjadi platform kepadanya untuk kembali aktif dalam industri muzik tempatan.



Previous Post Next Post