Demi cinta, pelakon Hairul Azreen sanggup melakukan tindakan berani apabila melamar aktres Hanis Zalikha secara langsung dihadapan ribuan penonton.
Bagaimanapun kejutan yang dilakukan Hairul itu telah mengundang pelbagai persepsi masyarakat.
Namun tidak dinafikan sewaktu acara tersebut berlangsung, sudah pasti ramai penonton wanita mempunyai angan-angan untuk menjadi gadis bertuah seperti Hanis Zalikha.
Ramai juga yang kagum dengan keberanian Hairul kerana tidak ramai lelaki yang berani untuk membuat lamaran ‘berani mati’ seperti itu.
Lebih-lebih lagi risiko yang perlu ditanggung andainya lamaran yang dibuat dengan bersungguh-sungguh dihadapan ribuan penonton itu ditolak.
Ada juga yang menyifatkan lamaran Hairul itu seakan-akan menyamai babak romantik dalam drama Korea.
Malah Hairul Azreen yang dikenali dengan panggilan ‘captain’ dikalangan peminatnya juga turut menukar gelaran itu kepada ‘captain Keknis’ membuatkan ramai wanita jatuh hati dan menganggap tindakan Hairul itu sangat ‘sweet’.
Keserasian dan juga cara layanan Hairul terhadap Hanis nampaknya begitu ‘lovely’ sehingga ada yang mengimpikan untuk mendapat bakal suami‘perfect’ seperti aktor tersebut.
Bercakap mengenai bakal suami, adakah Hairul Azreen merupakan calon suami dalam sebuah filem adaptasi novel yang bakal ditayangkan di Astro berjudul ‘Suamiku Encik Perfect 10’ tidak lama lagi.
Jadi, nantikan kemunculan filem ‘Suamiku Perfect 10’ pada Januari ini.
Trailer: Suamiku Perfect 10