Nurul Wahab atau kini lebih dikenali dengan Nurul Depp hari ini mendedahkan wajah anak ketiganya bersempena hari Jumaat yang memberi berkat di laman Instagram.
Bayi lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan Eric Daniel Depp itu diberi nama Raphael Depp.
Anak penyanyi Kerana Terluka itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang tanggal 15 Januari lalu dengan berat 2.48 kilogram. Ini kali pertama Nurul melahirkan anak secara pembedahan.
Nurul memperkenalkan anaknya yang dipanggil Baby R itu dengan menulis keterangan gambar yang agak mencuit hati.
"Sempena Jumaat yang barakah ini, saya sekeluarga ingin memperkenalkan ahli keluarga terbaru kami.
"Wajahnya seakan-akan penyanyi SonaOne sedikit pada pandangan saya. Minat sangat dengan penyanyi itu, jadi adalah sedikit terkenan," seloroh Nurul di laman bergambar popular itu.
Selain Nurul, bulan ini turut menyaksikan ramai artis tanah air menyambut kelahiran anak antaranya Sharifah Aleya, Ayu Damit dan Black Hanifah. Anak pertama Nurul bernama Zachary Depp.
ANAK kedua pasangan Nurul Depp dan Eric Daniel Depp diberi nama Raphael Depp.