Isu Zamani: Ketua Polis Negara Berjanji Akan Siasat, Ambil Tindakan Tegas



Isu video rakaman yang menunjukkan Zamani Slam menyanyi dalam keadaan bergari yang sedang hangat dikatakan ramai sudah mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengeluarkan kenyataan ringkas beliau di akaun Twitter.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan segera menyiasat & mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video berdurasi 1 minit 23 saat itu.



“PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari,” tulisnya di Twitter hari ini.

Semalam, penyanyi berusia 43 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita di Taman Keramat, Ampang dan hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah.





Previous Post Next Post