Katrina Kaif disaran jadi presiden



Menjadi wanita cantik dan terkenal sebagai selebriti telah menjadikan Katrina Kaif sebagai individu yang sering diberi perhatian.

Menariknya, salah seorang ahli politik India, Markandey Katju menulis menerusi blog miliknya, Statyam Bruyat bahawa bekas kekasih Salman Khan itu sangat sesuai menjadi Presiden India.

Tulis Markandey, idea itu tercetus selepas Croatia memilih presiden baharu mereka yang merupakan seorang wanita jelita bernama Grabar-Kitarovic.




“Saya selalu gembira untuk melihat wanita cantik seperti selebriti untuk menjadi seorang pemimpin,” tulisnya menerusi sebuah artikel yang bertajuk Katrina Kaif for President Of India.

Beliau juga menyifatkan, jika presiden merupakan orang yang bukan lahir dalam kalangan ahli politik, situasi itu akan memberikan kesejahteraan kepada negara kerana mereka tidak akan memikirkan tentang persaingan dan bagaimana cara menjatuhkan lawan.



Previous Post Next Post