Kes Bunuh Altantuya: Sirul Ditahan Di Australia


Sirul Azhar Umar

Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia, lapor ABC News pada Rabu.

Menurut agensi berita itu, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.




Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.

Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu.

Namun, dia dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.
Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya pada 2008.



Previous Post Next Post