Lembaran tahun baharu Diana Amir



DIJANGKA bakal menyambut cahaya mata sulungnya pada awal Mac tahun hadapan, pelakon cantik ini sukar menyembunyikan keterujaannya dalam menanti kehadiran si kecil sebagai pengikat kasih itu.

Namun begitu, Diana Amir bukanlah bakal ibu yang terlalu terburu-buru dalam penyediaan kelengkapan malah sehingga kini barang keperluan bayi masih belum dibeli lagi.

“Alhamdulillah, usia kandungan sekarang sudah memasuki usia tujuh bulan dan saya bersyukur kerana tiada alahan teruk.

“Untuk kelengkapan bayi pula, saya dan suami bercadang untuk membelinya pada bulan hadapan. Kami kira, ia adalah waktu yang sesuai,” katanya lagi.

Ditanya mengenai azam tahun baru, Diana berharap agar dirinya mampu menjadi ibu yang baik untuk anaknya.

“Lembaran 2015 akan lebih indah dengan kehadiran si kecil kami. Saya berharap agar berjaya menjadi ibu yang baik dalam mendidik cahaya mata.

“Selain itu, saya juga berharap agar perniagaan saya, DA’e akan lebih berkembang lagi,” katanya.



Previous Post Next Post