Najib ketika meninjau keadaan selepas banjir di kawasan Gua Musang baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti virus E.Coli ketika melakukan lawatan ke kawasan banjir baru-baru ini.
"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin.
Paparan skrin Twitter @PMOMalaysia
Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea.
Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.