Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah mendedahkan yang pelakon yang semakin meningkat naik, Shima Anuar memakai cincin seolah-olah telah pun bertunang dengan seseorang. Namun, itu adalah khabar angin semata-mata apabila tuan punya badan menafikan perkara tersebut.
“Bagi saya cincin itu normal, dipakai untuk perhiasan diri bagi seorang perempuan. Kalau dahulu saya ini lebih bersikap ganas sikit tetapi apabila sekarang ini perubahan itu berlaku apabila saya mula untuk berubah penampilan kepada sifat yang lebih feminin sesuai dengan usia ini”
“Cincin yang saya pakai ini tidak mempunyai tanda apa-apa. Saya beli sendiri dan pakai,” katanya yang ditemui sempena pelancaran Hypp Carnival di Paradigm Mall kelmarin.
Dia turut menjelaskan yang tahun ini adalah tahun untuknya membariskan diri serta kerjayanya di peringkat yang lebih tinggi setelah genap 4 tahun berkecimpung dalam industri.
“Target tahun ini nak ‘highlight’ kerjaya saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Lagipun sudah 4 tahun berkecimpung dalam industri dan saya perlu bekerja lebih keras lagi. Tahun ini harap lebih menyerlah bakat saya orang Nampak dan ingat akan hasil kerja saya. Soal peribadi dan cinta saya tolak tepi dahulu buat masa sekarang,” katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya jodoh telah sampai pada tahun ini dia tidak menolak kerana itu adalah ketentuan takdir dan hanya menerimanya dengan hati yang tenang dan ikhlas.
“Kalau jodoh datang, saya tak boleh menghalang, dan menerimanya kalau ada, masalahnya saya tidak ada lagi,” tambah Shima Anuar lagi yang akan muncul dalam drama berjudul Selipar Jepun dan Stiletto Merah di saluran Hypp TV kelak.