Farah Quinn Akui Selesa Hidup Solo



Setelah mengakhiri kehidupan berumah tangga pada tahun lepas, Farah Quinn menyifatkan penceraiannya pada tahun lalu itu sebagai isu peribadi yang tidak harus dipersoalkan malah hubungan yang terjalin antara mereka masih baik dan utuh seperti dahulu.

“Memang tidak ramai yang mengetahui kami menghadapi masalah rumah tangga. Saya dan suami berbincang terlebih awal mengenai perkara ini sebelum mengambil keputusan untuk menghebahkan kepada umum. Hampir tiga tahun juga kami mengambil keputusan untuk mengunci mulut”

“Saya dan bekas suami membuat hal masing-masing tetapi tetap bertemu jika ada kelapangan. Bukan tak mahu mendedahkan kepada umum (ketika itu) tetapi saya tak mahu masalah rumah tangga menjadi permainan media. Hanya selepas kami bersedia barulah saya mengumumkannya” katanya lagi.




Mengakui fasa tersebut dengan seribu satu persoalan kerana tidak tahu bagaimana untuk memberitahu keluarganya tentang penceraian tersebut.

Namun setelah agak lama memikirkan tentang hal tersebut, dia memberanikan diri meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya dan berjanji untuk tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak mereka, Armand Fauzan Quinn, 7.

“Tidak sukar sebenarnya membesarkan Armand. Saya anggap dia anak yang matang dan memahami tentang masalah yang melanda rumah tangga kami. Dia pun tidak sukar untuk diuruskan walaupun masih kecil,” katanya yang mula terkenal sebagai chef pada 2000.

Jika diikutkan pengalaman Farah yang pernah menetap dan berdikari di bumi Amerika Syarikat berseorangan tanpa ahli keluarga seawal 16 tahun, kehidupan solo mungkin sudah sebati dengan dirinya.



Previous Post Next Post