Johny Depp diserang haiwan mistik?



BINTANG filem Lone Ranger ini akhirnya mendedahkan sebab mengapa dia tidak hadir di sebuah sidang media yang diadakan di Tokyo baru-baru ini.

Kata Johny Depp, dia sebenarnya terlibat dengan insiden yang hampir meragut nyawanya.

"Saya telah diserang seekor binatang buas yang menyebabkan saya terpaksa bertarung beberapa jam dengan haiwan tersebut.

"Bagaimanapun saya lega kerana berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Difahamkan aktor ini diserang sejenis haiwan mistik yang dikenali sebagai Chupacabra. Malah haiwan jenis itu pernah dilaporkan mengganas di Barat.



Previous Post Next Post