Justin Bieber rayu Selena


Selena Gomez dan Zedd

Macam budak-budak. Itulah perumpamaan paling sesuai untuk diberikan kepada Justin Bieber dan Selena Gomez. Hubungan cinta mereka yang sekejap berhenti dan sekejap lancar itu memang memualkan, tetapi tetap juga menjadi tajuk utama dalam dunia hiburan Hollywood.

Terkini, Bieber dikatakan mula mengganggu semula bekas kekasihnya itu agar Selena kembali ke pangkuannya. Tindakan itu dilakukan kerana penyanyi yang berasal dari Kanada itu cemburu selepas melihat Selena kini intim dengan penerbit muzik bernama Zedd.

“Dia mula menelefon dan merayu agar diberikan peluang kedua,” ujar satu sumber.




Ironinya, Selena sering menjadi mangsa dalam perhubungan mereka kerana sikap nakal Bieber bersama banyak wanita lain. Justeru, Selena mengambil keputusan untuk melupakan Justin dan kebetulan bertemu Zedd yang kini menjadi lelaki paling rapat di dalam hidupnya.

Zedd turut menyifatkan tindakan Bieber membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi program bual bicara The Ellen DeGeneres Show kerana keangkuhan dan sikap buruknya sebagai satu helah untuk memenangi semula hati Selena. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Love You Like A Love Song itu sendiri mengakui, tidak terkesan dengan permohonan maaf Bieber.

Kata sumber lagi: “Selena tidak terkesan dengan permohonan maaf itu. Zedd pula berasa tindakan Justin tidak ikhlas dan hanya mahu memenangi hati Selena. Kini Zedd perlu menjadi pelindung kepada Selena dan memastikan penyanyi itu tidak disakiti lagi oleh Bieber.”




Previous Post Next Post