Goo Hye Sun dikritikan peminat menerusi lakonannya dalam drama bersiri Blood.
KEMUNCULAN aktres Goo Hye Sun menerusi drama bersiri Blood mendapat kritikan hebat daripada para peminatnya yang rata-rata menyifatkan lakonannya hambar.
Komen negatif terhadap Hye Sun turut menyebabkan rating turun mendadak sekaligus gagal menyangingi drama bersiri lain yang turut ditayangkan.
"Setelah menonton lakonan Hye Sun dalam Blood ia sungguh mengecewakan. Dia sepatutnya belajar lagi teknik lakonan," kata salah seorang peminat yang tidak berpuas hati menurut laporan Allkpop.
Menerusi Blood Hye Sun memegang watak sebagai Yoo Ri Ta iaitu seorang gadis bersemangat dalam mengejar impiannya sebagai doktor.