Bella Dally Wajah Baru Ariani, Perkenal Barisan Produk Baru



Baru-baru ini, galeri tudung dan muslimah terkenal, Galeri Ariani mengadakan pertunjukan fesyen serta majlis Soft Opening sempena pemindahan dan pembukaan Galeri Ariani di Jakel Mall. Pertunjukan tersebut menampilkan rangkaian rekaan dan koleksi terbaru dan terkini untuk tahun 2015, serta terlaris yang dihasilkan oleh Galeri Ariani.

Lebih menarik, Galeri Ariani turut memperkenalkan produk keluaran terbaru iaitu Ariani Ready-To-Wear.
Berkonsepkan “Modesty Urban”, koleksi terkini untuk Ready-To-Wear ini, terdiri dariapada Full Printed Blouse yang didatangkan dengan pelbagai motif seperti floral, abstract serta baroque.

Ia menggabungkan Embroidery blouse, Tweed dan Jacquard Jacket, Jubah yang dipadankan dengan Palazzo Pants, serta Flare Skirt. Kesemua koleksi Ready-To-Wear ini, sememangnya berkonsepkan “Sophisticated modest year,” yang didatangkan dengan pelbagai variasi warna dan fabrik, serta direka untuk digayakan oleh pelbagai saiz.


Untuk koleksi tudung dan selendang terbaru yang berkonsepkan “Modern Elegance”, ianya terdiri daripada Selendang Lace, Tiara Camelia, Tiara Shiffon Beaded Swarovsk, Selendang Farisha, Adelia dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Ariani turut mengumumkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd dan Bella Dally, pelakon yang kian melonjak naik, sebagai Duta Ariani untuk tahun 2015.

Ramai selebriti yang hadir pada pertunjukan besar-besaran itu, antaranya bekas Duta Ariani, Ekin dan kembarnya Aien, serta pelakon jelita Rozita Che Wan.

Previous Post Next Post