Bina Tempat Parkir Secara Haram, SRK Didenda Ratusan Ribut Ringgit



Tempat letak kereta haram milik aktor Shah Rukh Khan bersebelahan rumahnya dilaporkan banyak membawa banyak masalah. Meskipun ianya sudah dirobohkan oleh pihak berkuasa Mumbai, tidak bererti SRK boleh menarik nafas lega.

Bintang berusia 49 tahun itu dikhabarkan bakal menerima tindakan lebih keras apabila bakal didenda kerana tidak mematuhi undang-undang yang telah termaktub.

Shah Rukh Khan diperintah membayar denda sekitar RM100,000 termasuk kos petugas dan alatan kerja untuk merobohkan tempat letak kereta tersebut.
Kerja-kerja merobohkan tempat letak kereta telah pun dilakukan malah SRK dan keluarga menyaksikan sendiri saat ianya runtuh.



Sebelum ini masalah tersebut menjadi perhatian pihak berkuasa selepas mendapat aduan orang ramai malah menjadi viral di media sosial yang mendakwa ianya menganggu orang ramai terutamanya pengguna jalan kaki untuk melakukan aktiviti harian seperti ke kuil atau beriadah.


Tempat Letak Kereta Haram Milik Shah Rukh Khan

Previous Post Next Post