Demi Lovato sesak nafas



PENYANYI popular, Demi Lovato dikejarkan ke Pusat Perubatan Providence Tarzana, California, Amerika Syarikat pada Selesa lalu selepas mengadu sesak nafas.

Menurut sumber, penyanyi yang popular menerusi lagu berjudul Trade itu berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun doktor sedang memantau keadaannya.



"Lovato dikatakan menghidap jangkitan paru-paru berkaitan virus selesema. Doktor membenarkannya pulang dan memberikan ubat antibiotik," ujar sumber tersebut.

Sementara itu, menerusi akaun Twitter milik Lovato, dia telah memuat naik status mengenai kondisinya yang dilaporkan sudah stabil.

"Saya sihat. Tiada apa yang perlu dirisaukan," tulis Lovato dalam laman sosial Twitter miliknya pada Rabu lalu.

Previous Post Next Post