Faezah Elai kini manis berhijab


SUDAH ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikan. Terbaru pelakon terkenal Faezah Elai turut tampil dengan imej berhijab bagi memenuhi tuntutan agama.

Memetik Media Hiburan Online, perkara itu disahkan sendiri oleh Faezah menerusi mesej ringkasnya kepada portal berkenaan.



Penghijrahan Faezah disambut gembira oleh pengikutnya di Instagram yang memberikan kata-kata semangat selain mengharapkan agar dia terus istiqamah dengan keputusan ini.

Dalam pada itu, tinjauan di laman Instagram Faezah mendapati semua gambar tidak bertudung sebelum ini sudah dipadam.

Previous Post Next Post