Richard Madden: Kisah sebalik Prince Charming



DI saat tayangan filem Cinderella, pasti ramai yang tertumpu pada watak utamanya. Dan sejak dulu lagi, watak Cinderella dan Putera Raja digambarkan sangat sempurna dari segi fizikalnya.

Bagi Richard Madden, dia amat gentar bila ditawarkan watak putera raja dan sering kali tertanya-tanya apakah dia orang yang tepat untuk membawa watak tersebut.


"Sangat menakutkan. Semua orang tahu bagaimana 'Prince Charming' dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya realisasikan.

"Namun saya tetap berpegang pada kepercayaan yang diberikan penerbit dan pengarah. Dengan bakat dan rupa sedia ada, saya banyak membuat latihan dengan menonton filem animasi Cinderella versi tahun 1950," kata Madden kepada BuzzFeed News.

Akui gembira dengan sambutan hebat yang diterima menerusi filem tersebut, pelakon Game of Thrones ini semakin yakin dengan keberkesanan lakonan yang ditonjolkan.

Previous Post Next Post