Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Bakal Berbulan Madu Ke New York Jun Ini



Pengantin baru, Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie yang baru semalam bernikah, memilih New York, Amerika Syarikat, sebagai destinasi percutian bulan madu mereka tidak lama lagi.

Walaupun ia bukanlah kali pertama bagi mereka dua menjejakkan kaki di kota metropolitan tersebut, namun pasangan ini mempunyai sebab mengapa mereka mahu kembali ke situ lebih-lebih lagi kali ini adalah atas tujuan berbulan madu pula.

“Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York”


“Kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman yang menyeronokkan di New York bersama-sama Tunku Jamie. Saya mahu ajak Tunku Jamie ke Empire State Building,” ujar Sarimah yang kepada Mangga Online. Mungkin juga mereka ingin menikmati suasana romantik berdua di sana.

Malah, Tunku Jamie juga mengakui pernah merancang membawa isterinya berbulan madu di New York selama tiga minggu sekitar bulan Jun nanti dan tambahnya, dia dapat merasakan bahawa percutian kali ini bakal menjadi percutian yang paling manis buat mereka berdua.

Previous Post Next Post