Dihukum penjara lima tahun, Salman Khan menangis


AKTOR popular Bollywood, Salman Khan dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah dalam sebuah kejadian langgar lari pada 2002.

Menurut BBC, hakim, DW Deshpande menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Khan dibawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Salman Khan menangis sebaik sahaja hakim menjatuhkan hukuman.


Dalam sebuah perbicaraan Mac lepas, Khan mengatakan kereta disebut dipandu oleh pemandu peribadi dan beliau tidak mabuk seperti yang didakwa.

Kenyataan Khan bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan seorang saksi utama kes berkenaan.

Saksi tersebut, seorang konstabel polis, meninggal dunia pada 2007 kerana penyakit tuberculosis.

Dalam kejadian pada 28 September 2002 tersebut, Toyota Land Cruiser milik Khan melanggar lima orang awam yang sedang tidur di sebuah kaki lima.

Seorang dilaporkan maut.

Previous Post Next Post