Marsha Geram, Sedih Individu Dera Haiwan


Marsha Milan Londoh

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh meluahkan rasa geram terhadap segelintir individu yang tidak berhati perut mendera haiwan jalanan seperti kucing dan anjing.

Marsha, 30, berkata, individu yang bertindak sedemikian selayaknya dihukum oleh pihak berkuasa agar perkara sedemikian tidak berulang lagi.

"Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pula berita-berita mengenai binatang jalanan didera. Peliknya, yang menjadi peliharaan pun menjadi mangsa dera.

"Terbaru, saya mendapat tahu terdapat seekor anjing disiram air panas oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, mereka sangat melampau. Saya harap golongan yang tidak berperikemanusiaan ini menerima hukuman yang setimpal," ujanya kepada Artis Meletop.


Dalam pada itu, Marsha berkata, dia juga seorang yag mudah mengalirkan air mata apabila mendengar berita kematian kucing atau anjing.

"Kalau nak tahu, air mata saya mudah berguguran jika mendapat khabar berita mengenai kematian dua jenis binatang peliharaan itu.

"Mungkin kerana saya terlalu meyayangi mereka membuatkan hati mudah tersentuh apabila mendengar berita kematian kucing," tuturnya.

Previous Post Next Post