Chacha Maembong Sokong Hubungan Emma Maembong, Kamal Adli



Chacha Maembong yang juga merupakan adik kepada Emma Maembong mengakui dia menyokong hubungan kakaknya itu bersama pelakon Kamal Adli yang dikatakan pandai mengambil hati keluarga juga.

“Mereka pasangan yang comel pada pandangan saya, Kamal bukan sahaja cukup menghargai perasaan Emma tetapi juga keluarga saya. Sebab itu kami agak rapat. Sebagai adik memang saya sokong hubungan mereka”


“Cuma soal lain saya hanya boleh berdoa sahaja agar hubungan mereka ini berjalan dengan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini selain turut menjelaskan dirinya kini juga dalam fasa mengenali antara satu sama lain bersama jejaka pilihan.

“Kami sudah berkenalan hampir setahun dan saya hanya boleh katakan, dia merupakan kawan lelaki yang cukup rapat dengan saya kini. Mungkin kerana sikap memahami dia terhadap saya dan kerjaya memudahkan lagi hubungan ini”

“Cuma soal perkahwinan terlalu awal untuk saya bicarakan ketika ini memandangkan niat saya masuk industri ini adalah untuk menjadi pelakon yang baik. Selagi saya tidak berada di tahap yang membanggakan mungkin saya akan lebihkan fokus saya kepada karier sahaja,” jelasnya.

Previous Post Next Post