Walaupun Erra Fazira dan juga Shahir tidak pernah mendedahkan bahawa mereka menjalin cinta, namun dalam masa yang sama mereka tidak menafikan mereka berkawan baik. Melalui ruangan Cik Pang di Harian Metro semalam, ada sumber yang memberitahu mereka tidak lagi bersama.
Tambah sumber itu lagi, Erra tidak lagi menerima panggilan atau menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Shahir. Malah mereka juga sudah jarang berhubung. Walaupun tidak tahu apa puncanya, mungkin juga perkara itu berlaku kerana mereka sedang sibuk.
Jika dilihat sebelum ini, Erra sendiri pernah mengakui bahawa dia tidak menolak jika sudah ditakdirkan serta dijodohkan bersama lelaki muda.
Apa pun, jika benar khabar angin ini, mungkin juga Erra dan juga Shahir sedang mencari masa bersendirian dan memberi ruang untuk menilai kembali hubungan mereka bak kata Cik Pang. Pastinya peminat Erra juga sentiasa mendoakan kebaikan dan juga kebahagiaan artis kesayangan mereka ini.