JLo, Smart kahwin Oktober nanti



Penyanyi dan pelakon terkenal Hollywood, Jennifer Lopez yang hangat bercinta dengan penari profesional, Casper Smart didakwa bakal melangsungkan perkahwinan menjelang Oktober nanti.

Meskipun kerap berdepan masalah dan pernah terputus, namun berita tersebut membuktikan perhubungan mereka benar-benar serius.

Rencana perkahwinan Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo dan Smart itu telah dibocorkan oleh seorang sumber yang rapat dengan mereka.

Konsep perkahwinan kali keempat buat JLo itu dikatakan lebih ringkas, berbeza benar berbanding tiga perkahwinannya sebelum ini. Dua orang anaknya juga akan menjadi pengiring Lopez pada majlis bersejarah itu.


“Lopez merancang untuk tidak memakai gaun berwarna putih, sebaliknya memilih warna merah jambu cair. Selain itu, dia juga telah menyediakan gaun tambahan sebagai langkah berjaga-jaga, seandainya pada hari perkahwinannya nanti, dia telah hamil,” kata sumber.

Majlis perkahwinan tersebut juga akan berlangsung secara tertutup dan dirahsiakan daripada pengetahun umum dan pihak media. Hanya keluarga dan beberapa teman rapat yang diundang ke majlis berkenaan.

Previous Post Next Post