Merancang dan memilih hanya untuk melayari bahtera hidup bersama kekasih hati yang bukan datangnya dari gologan selebriti, Juliana Evans menafikan keputusan itu diambil atas dasar pengalaman lalu yang pernah digosipkan bersama Zizan Razak.
“Saya kalau boleh tidak mahu bercinta dengan golongan selebriti kerana sedar perhatian yang kami bakal terima akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut. Hasrat saya itu juga bukanlah kerana serik kerana kegagalan cinta masa lalu tetapi saya memang ingin mencari lelaki golongan biasa sebagai teman hidup”
“Ini hanya hasrat dan perancangan saya, tetapi segala-galanya boleh berubah dan jika itu sudah jodoh saya kena terima,” katanya kepada mStar Online selain menjelaskan bahawa dia tidak selesa untuk bercerita lebih lanjut mengenai hal peribadi.
“Saya sedar menjadi seorang selebriti ramai yang ingin mengetahui tentang saya termasuk hal-hal berkaitan peribadi. Pun begitu saya tidak begitu selesa kerana bimbang ia menjadi salah faham,” jelasnya.