Sharifah Sakinah Sambung Belajar Di New York



Sememangnya sentiasa memuatnaik gambarnya yang sentiasa mementingkan kesihatan, Sharifah Sakinah menjelaskan bahawa dia berniat untuk meneruskan pengajian dalam bidang kesihatan dan kecerdasan di New York pada tahun hadapan.

“Saya mahu menimba ilmu dalam bidang ini dan mendapatkan sijil. Selepas tamat pengajian, ada perancangan besar yang akan saya laksanakan. Bukan tidak boleh menyambung pengajian di dalam negara, tetapi budaya kesihatan di sini tidak setinggi masyarakat di New York”


“Kalau bergaul dengan masyarakat di sana, saya boleh bawa pulang pengalaman dan ilmu yang diperoleh itu ke sini,” katanya kepada Harian Metro smabil menyatakan dia berhasrat untuk menerbitkan program kesihatan dan kecerdasan satu hari nanti.

Selain itu, Sharifah Sakinah dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia dan juga suami Aliff Adha buat masa ini belum merancang untuk zuriat dan menyatakan mereka mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum bersedia menimang cahaya mata.

Previous Post Next Post