MENGENALI Huang Zitao atau Tao, bekas anggota kumpulan EXO itu sering memberi kejutan dengan sikapnya yang pelik sejak akhir-akhir ini.
Bermula dengan rancangannya yang mahu berehat sementara akibat kecederaan di kaki pada tahun lalu, sehinggalah Tao muncul dengan pelbagai rancangan baharu berkaitan kerjaya seninya di Tiongkok, China.
Bagaimanapun, Tao telah menunjukkan sikapnya yang tidak berdisiplin apabila lewat menghadiri ke sebuah sesi temu bual mengikut rancangan jadualnya.
Menurut laporan Nate, jurucakap Tao memberi alasan bahawa Tao terpaksa melalui pelbagai temu janji sehingga membuatkan dia terpaksa tiba lewat pada sesi temu bual tersebut.
"Kami sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tao juga terpaksa bersolek sebelum bertemu dengan para media. Sebab itu kami lewat," kata jurucakap tersebut.
Menurut laporan portal Sina pula, pihak media telah menunggu Tao hampir dua jam untuk menemubualnya.
Bagaimanapun, selepas siap bersolek, salah seorang kru produksi telah menyatakan wajah penyanyi itu persis aktor senior Huang Bo.
Perkara itu membuatkan Tao bengang dan akhirnya semua temubual dibatalkan.