PENYANYI dan pencipta lagu terkemuka, Yunalis Zarai menyarankan hadirin beragama Islam supaya bersolat dahulu sebelum menikmati persembahannya gignya di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), Oktober ini.
"Datanglah bila-bila (ke gig) selepas waktu solat. Ada surau di KLCC. Saya mungkin berada di surau juga," katanya di laman Twitter.
Salinan paparan Tweet Yuna.
Menurut Yuna, ramai peminatnya bertanyakan mengenai waktu konsert tersebut bermula kerana pintu dewan akan dibuka pada 7 malam.
"Mereka yang beragama Islam boleh datang selepas Maghrib.
"Pintu dibuka pada jam 7 petang, tidak bermakna saya akan terus membuat persembahan. Solat dahulu," katanya semalam.
Penjelasan dari artis berbakat berkenaan jelas memberi kelegaan kepada peminat yang beragama Islam.