Setelah tidak henti-henti dilanda kontroversi sebelum ini, Zizan Razak mengakui bahawa kedua ibu bapanya adalah merupakan kekuatan utama buat dirinya melalui waktu sukar tersebut.
“Jika tiada ibu bapa saya tidak tahu apa akan jadi kerana mereka adalah kekuatan saya dan bersyukur kerana mereka sentiasa nasihatkan saya supaya bersabar dan tidak berputus asa dalam mengharungi cabaran hebat ini,” jelasnya kepada mStar Online.
Selain itu, Zizan mengatakan bahawa dia tidak terkilan dengan pelbagai kontroversi yang menimpanya malah redha dengan semua dugaan yang melandanya dan percaya perkara tersebut adalah ketentuan daripada Tuhan.
“Sebagai manusia biasa dan orang Islam saya percaya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan Allah memberi cabaran ini kepada saya dengan tujuan yang baik. Insya-Allah jika saya tidak berputus asa Tuhan itu akan beri jalan lebih baik kepada saya selepas ini,” katanya.