Che Ta tarik diri juri AF



ROZITA Che Wan menarik diri menjadi juri program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 setelah diherdik oleh pengetua program itu Edry Abdul Halim ekoran ketidakpuasan hati dengan kritikan terhadap pelajar AF.

Memetik laporan Media Hiburan, selebriti yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini menjelaskan, dirinya tidak mahu bekerja dalam suasana yang tidak sihat di mana ada orang yang tidak menghormati tugas yang diberikan kepadanya.

"Semua soal professional. Apa yang saya buat adalah kerja saya dan saya hanya berminat bekerja dengan orang yang mempunyai tahap professional sama seperti saya," luah Che Ta.

"Ini bukan soal duit atau populariti sebab setiap minggu muncul di kaca TV dalam sebuah program yang ratingnya tinggi, tetapi ia adalah soal maruah," katanya melalui kiriman aplikasi Whatsapp.


Che Ta juga mendedahkan sebenarnya dari awal lagi dia tidak berminat untuk menjadi juri namun setelah berbulan-bulan dipujuk akhirnya Che Ta memberi persetujuan.

"Oleh itu, baginya apabila telah diberi tanggungjawab maka dia akan memikul tanggungjawab tersebut sepenuhnya dengan baik.

"Tapi dia (Edry) maki saya ketika live show semasa saya sedang beri komen tapi kamera tak sempat nak ambil gambar dia," katanya.

Menurutnya lagi, pihak Astro turut memujuknya untuk kembali semula, namun dia tetap dengan pendiriannya.

"Kalau Edry telefon pun saya tak mahu tarik balik keputusan saya itu. Saya tak mahu duduk dalam kelompok itu lagi," tegasnya.

Che Ta juga memberitahu bahawa dia tidak akan digam oleh pihak Astro atas tindakkannya itu kerana pihak Astro memahami situasi dirinya.

Previous Post Next Post