Perang dingin Kardhashian-Middleton



BARU-baru ini kecoh mengenai perang dingin yang berlaku di antara selebriti popular Kim Kardhashian dan isteri kepada Putera William iaitu Kate Middleton.

Menurut Splashnews.com, situasi itu tercetus apabila Kate menolak hasrat Kim untuk menjalinkan hubungan persahabatan bersama.


“Kim terlalu obses dan mengagumi Kate. Sebab itu dia mahu bersahabat baik dengan kerabat diraja itu.

“Namun secara terang terangan Kate menolak niat baik Kim sehingga menyebabkan Kim rasa tercabar dan mencetuskan perasaan tidak berpuas hati,” kata sumber.

Bagaimanapun khabar angin ini masih belum dipastikan dan ada beberapa sumber turut menafikannya.

Previous Post Next Post