Jaafar Onn Bakal Bernikah Awal Tahun Hadapan



Setelah 28 tahun hidup bersendirian, akhirnya Jaafar Onn menyuarakan rasa hatinya untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan melalui Utusan Malaysia. Menurut Jaafar Onn, dia melamar wanita berkenaan pada awal tahun ini.

“Mula-mula kita segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa, kan? Sangat jauh perbezaan antara kami. Bagaimanapun bila nampak macam boleh pergi jauh, kita berserah kepada Allah. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana”

“Usianya 35 tahun, pernah berkahwin. Agak berisi sedikit orangnya dan menariknya, dia juga asal dari Johor. Kami berjumpa masa saya membuat persembahan di Kulai Jaya. Tanpa disedari, cintaku berputik dan awal 2015, saya sudah melamar dia. Seronok!”


“Mana tahu, selepas hidup berdua balik, boleh jadi lebih baik. Boleh sama-sama melakukan ibadah dan bina hidup baharu bersama-sama,” katanya yang enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwini itu kerana mahu memberi kejutan pada hari perkahwinannya nanti pada awal tahun hadapan.

Apa pun, semoga perjalanan majlis pernikahan Jaafar Onn dan juga bakal isteri nanti berjalan lancar selain dipermudahkan segala urusan.

Previous Post Next Post