Khairul Fahmi selamat timang anak kedua



Foto anak kedua Khairul Fahmi yang dikongsi di laman Instagramnya.

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selamat menimang cahaya mata keduanya semalam.

Berita gembira itu disampaikan sendiri pemain itu dilaman Instagram miliknya.


"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg," tulisnya.

Khairul Fahmi Che Mat mendirikan rumah tangga bersama Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012.

Sebelum ini mereka sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kayla Elayna.

Previous Post Next Post