Yus Jambu meninggal dunia


Yus Jambu meninggal dunia pagi tadi.

Pelawak terkenal Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussy Edoo, 39, meninggal dunia di Hospital Selayang, Batu Cave, akibat mengalami sesak nafas tengah malam tadi.


Berita tersebut telah dimuat naik oleh rakan beliau yang juga pelawak, Zamatul Amri Zakaria atau dikenali sebagai Tauke di laman Instagram miliknya.

Yus merupakan juara program Raja Lawak pada tahun 2007.

Sepanjang kerjaya sebagai pelawak, beliau pernah membintangi beberapa buah filem termasuk, Apa Celup Toqq, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Cicakman 3.

Jenazah Yus Jambu, 39, yang meninggal akibat sesak nafas kira-kira 12.30 pagi tadi akan dikebumikan di kampung halamannya di Kangar, Perlis selepas Zohor nanti.

Pada pukul 7.30 pagi tadi jenazah telah dibawa ke Perlis dari Hospital Selayang di sini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.



Laman sosial Instagram Allahyarham Yus Jambu atau Yussry Edoo, 39, yang meninggal dunia awal pagi tadi dihujani ucapan takziah dan sedekah Al-Fatihah oleh peminatnya.

Gambar terakhir yang dipaparkan di laman Instagram peribadinya, yus_jambu76 adalah berkenaan Konsert Akhir Raja Band di Kuala Lumpur 2015 di Dataran Merdeka malam tadi.

Konsert itu merupakan majlis terakhir yang dihadiri Allahyarham sebelum dilaporkan sesak nafas selepas itu.

Sehingga pukul 11 pagi ini sebanyak 4,200 peminat telah meninggalkan komen di laman itu.

Previous Post Next Post