Anzalna umum nikah 21 Februari 2016


Anzalna dan Hanif Zaki

PELAKON cantik, Anzalna Nasir mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya Hanif Zaki Februari tahun depan.

Menurut Anzalna, mereka akan dinikahkan pada 21 Februari tahun hadapan di Masjid Negara manakala majlis resepsi pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.


"Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-ALLAH kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Februari depan.

"Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat," katanya ketika membuat pengumuman perkahwinan mereka dalam satu program hiburan sebuah stesen televisyen tempatan semalam.

Previous Post Next Post