Asyraf Muslim: Dayana selamat lahir anak pertama


ISTERI pertama pelakon, Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman, 28, selamat menimang cahaya mata pertama semalam.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh bapa Dayana, Lokman Abdul Hamid melalui akaun Facebook, lapor sebuah portal.

“Kami sekeluarga sujud syukur kepada ALLAH SWT atas kelahiran permata hati yang baru.


"Petang tadi (semalam) anak saya, Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy, 2.85 kg. Tahniah kepada Dayana dan Ashraf," katanya.

Pada Ogos lalu, Ashraf dilaporkan mengesahkan isterinya itu hamil selepas empat tahun menunggu.

Previous Post Next Post