Nad Zainal nikah Disember ini


Nad Zainal dan tunangnya, Muhammad Faliq.

PELAKON Nad Zainal mengumumkan akan menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihannya pada Disember ini.

Menerusia laman Instagram, Nad berkata, dia dan tunangnya bakal menamatkan zaman bujang pada pertengahan Disember ini.


"Saya dan tunang bakal menamatkan zaman bujang pertengahan Disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih untuk segala kritikan, sokongan selama ini. Terima kasih sekali lagi,' tulisnya

Walaubagaimanapun, Nad tidak menyatakan tarikh dan lokasi mereka akan diijabkabul.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Nad bakal bernikah dengan kekasihnya, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember di Bukit Jelutong.

Previous Post Next Post