Senarai Peserta-Peserta #GegarVaganza 3 Sudah Bocor?



Tamatnya Gegar Vaganza 2 menyaksikan penyanyi, Siti Nordiana, menewaskan lima peserta lain iaitu, Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Namun belum lagi kehangatan Gegar Vaganza 2 habis, kini timbul pula ura-ura yang mengatakan senarai peserta Gegar Vaganza 3 yang dikatakan sudah terbocor.

Senarai-senarai ini menjadi bualan peminat-peminat di laman media sosial dan juga forum hiburan, Cari.

Antara nama-nama yang disebut adalah :

1.) Zarul Umbrella



2.) Maya Matahari



3.) Bandi Amuk



4.) Zamani



5.) Tomok



6.) Misha Omar


7.) Zur Eda




8.) Francesca Peter


9.) Amelina


10.) Joey



11.) Toki


12.) Syura


Namun, tidak pasti sama ada benar atau tidak senarai yang tersebar ni. Tapi adakah anda bersetuju dengannya?

Previous Post Next Post