Judika tolak tawaran menyanyi


ENGGAN terlepas peluang untuk menyambut kelahiran anak keduanya, penyanyi Judika kini memberitahu terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian untuk sentiasa berada di sisi isterinya, Duma Riris yang kini sedang hamil lapan bulan.

“Duma dijangka akan melahirkan anak ke dua kami pada akhir bulan ini sehingga awal Februari.


“Jadi dalam masa ini saya tidak mahu mengambil sebarang tawaran walaupun hanya di sekitar Jakarta,” katanya menerusi temu bual dari portal Kapanlagi.

Judika akui sedikit kesal apabila terlepas untuk menyambut kelahiran putera pertamanya, Cleo Deomora Sihotang dek kerana sibuk dengan kerjaya.

Pada masa sama Judika turut berkongsi rasa terujanya kerana kali ini bakal dikurniakan seorang putera.

Previous Post Next Post