Pelakon cilik Mia Sara berhijab



PELAKON kanak-kanak Mia Sara Nasuha, 11 mengambil keputusan berhijab sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah tiga minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan sendiri bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammah Saleh dan berkata anaknya sebelum ini pernah meluahkan keinginan sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahu lalu.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih belum akil baligh," katanya dipetik Mstar.


Dalam pada itu, Muhammad Ridhuan menjelaskan, Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini kerana telah mengikat kontrak dan berharap agar orang ramai tidak mengkritiknya.

“Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

“Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu,” ujarnya.

Previous Post Next Post