PASANGAN selebriti tempatan, Akim Ahmad dan Stacy Anam dilaporkan sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz nikah jam 10.15 pagi ini.
Memetik laporan BH Online, pasangan tersebut mengikat hubungan sah sebagai suami isteri di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Stacy pada pagi ini mengenakan busana pengantin berwarna putih.
Tampil sedondon juga Akim yang segak bersongkok dan berbaju Melayu dan bersampin songket berwarna putih
Pasangan ini telah bertunang pada 26 September lalu dan membuat keputusan untuk tidak terlalu lama berada dalam tempoh pertunangan.
Sementara itu memetik laporan Utusan pula, pasangan itu masih belum mempunyai masa untuk merancang destinasi bulan madu mereka.
Jelas Akim, dia akan cuba selesaikan kerjanya dahulu sebelum merancang untuk berbulan madu.
“Buat masa ini saya masih bersama dengan Mentor Milenia manakala Stacy pula dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Romeo. Selepas selesai semua kerja, barulah saya dan Stacy akan ambil cuti seketika dan berbulan madu,” katanya.