Kisah artis popular yang tidak membayar cukai ini bukan perkara baru dalam industri hiburan kerana sering kita dengar ada sahaja kisah artis yang dikatakan sengaja lari dari menunaikan tanggungjawab besar tersebut.
Terbaru, Rozita Che Wan mendedahkan yang beliau pernah ditahan dari bercuti ke luar negara oleh pihak imigresen selepas beliau didapati mempunyai hutang atau tunggakan cukai pendapatan pada tahun 2014 yang lalu.
“Sampai di kaunter imigresen, saya kena tahan. Mereka kata nama saya disenaraihitamkan, saya tidak dibenarkan ke luar negara kerana tidak menjelaskan cukai pendapatan. Memang itu satu kesilapan saya sendiri,” ujarnya kepada Utusan Malaysia baru baru ini.
Serik denga kejadian tersebut, Rozita Che Wan terus melantik seorang peguam untuk menguruskan segala pembayaran cukai pendapatan peribadi, juga membabitkan perniagaan yang diceburinya untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
“Sekarang, selepas urusan pembayaran cukai diuruskan dengan baik dan teratur setiap tahun, saya jadi cukup lega. Memanglah lega, kalau tidak saya akan ‘keras’ dalam negara sahaja, tidak boleh berjalan ke mana-mana lagi,” tambahnya lagi.
Buat anda semua juga yang rasa diri ada berhutang dengan Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN), boleh cepat cepat semak sebelum anda dilarang untuk ke luar negara atau lebih teruk ditahan di imigresen kelak.