Pengarah Yakin Boboiboy Mampu Kutip Lebih RM20 Juta


Kami yakin anda sekarang ini sedang sibuk mencari tiket untuk menonton filem animasi baru paling hangat di pawagam iaitu Boboiboy: The Movie yang menjadi kegilaan semua golongan — dari si anak sehinggalah ibu bapa sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, Boboiboy: The Movie telah berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta selepas 10 hari tayangan.


Pengarahnya, Nizam Razak percaya yang filem animasi terbitan Animonsta Studios ini mampu mencapai kutipan RM20 juta lebih lebih lagi selepas tayangan bermula di Singapura hujung bulan ini dan seterusnya Indonesia pada 13 April ini.


“Sasaran kami, filem ini mampu mencapai kutipan sekitar RM20-RM25 juta berdasarkan tayangan di empat negara. Tayangan di Indonesia nanti akan membabitkan 100 skrin di 50 panggung dan menjangkakan kutipan di sana mampu menjana sekitar RM8-RM10 juta,” ujarnya.

Nizam Razak turut meluahkan rasa bersyukur beliau yang filem ini menerima sambutan hangat dari para peminat walaupun teknologi yang digunakan tidak secanggih filem animasi Hollywood. Lebih menarik, filem ini sedang bersaing dengan filem animasi Kungfu Panda 3. Whoaa!


Previous Post Next Post