Tushee Dakwa Rohana Jalil Ratu Botox Mulut Jahat, Busuk Hati


Semalam masa Miss K tengah duduk bersantai minum kopi, ‘timeline’ Facebook (FB) Miss K digegarkan dengan amukan status penyanyi popular 90an, Tushee terhadap penyanyi lagu Rayuanku, Rohana Jalil.

Miss K bukan nak menuduh tak tentu pasal, walaupun Tushee tidak menyatakan nama penyanyi yang didakwanya bermulut jahat itu, tetapi dia ada menyebut tajuk lagu yang pernah dipopularkan Rohana berjudul Rayuanku.

Siapa lagi yang hit dengan lagu Rayuanku kalau bukan ibu kepada pelakon bibir seksi, Kilafairy kan?

Lepas Miss K baca status yang ditulis Tushee itu, nampak sangat penyanyi yang popular dengan lagu 'Amboi-amboi malu' itu memang marah berapi dengan Rohana Jalil.


Punca sebenar tidak pula Miss K tahu, tapi kalau baca pada komen-komen pada entri yang dimuat naik Tushee itu, Rohana Jalil digambarkan sebagai seorang yang busuk hati, suka menghasut dan gemar menyebabkan artis lain bergaduh.

Entri Tushee itu turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Jaafar Onn yang meminta dia bersabar dengan apa yang telah berlaku.

Menurut Tushee lagi, Rohana dikatakan telah bertindak memalukannya di hadapan orang ramai di sebuah majlis perkahwinan. Selain itu Tushee juga mengatakan dia sudah lama bersabar dengan Rohana yang suka menghasut rakan-rakan lain supaya membencinya.

Mungkin kerana sudah hilang sabar dengan sikap Rohana, Tushee memuat naik status sedemikian.

Ini antara komen Tushee di FB yang sempat Miss K ‘screenshot’:



Di pihak Rohana pula, Miss K kurang pasti sama ada penyanyi tesebut sudah tahu atau tidak mengenai perkara ini. Sebab Miss K ada juga 'skodeng' sosial media Rohana, tidak ada pula apa-apa status 'timbal-balik' yang ditujukan kepada Tushee.

Apa-apa pun Miss K harap hubungan kedua-dua penyanyi ini kembali jernih kerana industri kita tak lah sebesar mana. Ye lah, kot tiba-tiba dua-dua jadi peserta Gegar Vaganza 3 nanti ke kan? Manalah tahu...? Dah tentu kena 'perform' atas pentas yang sama!

Miss K: Memang takut dengan talam dua muka sebab pernah terkena!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!

Previous Post Next Post