Wak Doyok Nafi Gayakan Jam Tangan Berjenama Palsu


Baru-baru ini tersebar di laman Instagram bahawa Wak Doyok telah didakwa menggayakan jam tangan berjenama palsu dan menerusi BH Online, ikon fesyen itu meluahkan rasa terkilannya dengan tuduhan tersebut.

“Sebagai orang fesyen, saya suka menggayakan apa saja jenis jam yang sesuai dengan imej saya tampilkan pada waktu itu. Saya ingin menegaskan di sini, jam tangan yang saya pakai itu adalah asli”


“Kenapa perlu membanding-bandingkan sama ada ia asli atau tidak?” katanya. Selain itu, Wak Doyok juga dikatakan telah memadam gmbar yang dimaksudkan tersebut. Namun sekali lagi, dia menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah di atas kapasiti promosi.

“Tiada apa yang pelik jika melihat saya memadamkan beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram. Ini kerana gambar itu adalah promosi IG Review (Instagram Review). Jadi, jika ada yang menganggap saya memadam gambar yang kononnya saya menggayakan jam tangan mewah palsu, mereka silap,” jelasnya lagi.

Previous Post Next Post