Rumah tangga Radhi OAG bergolak




Radhi dan Ayu berkahwin pada April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, serta Muhammad, 3.

Perkahwinan vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali kini sedang dilanda masalah apabila dia dan isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri, sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, Radhi mengakui dia dan isteri sedang mengambil tempoh bertenang daripada diri masing-masing.

“Kami sekarang sedang bertenang dengan membawa haluan masing-masing buat sementara waktu.

“Namun, saya masih berharap agar rumah tangga kami dapat pulih seperti biasa,” katanya lagi.

Sementara itu, isterinya yang mesra disapa Ayu, 25, dalam satu kenyataan memberi gambaran sudah tawar hati untuk menyelamatkan rumah tangga yang sudah berusia lima tahun itu.

“Mungkin jodoh saya dan Radhi hanya sampai di sini sahaja.

“Saya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan ini,” jelasnya.

Radhi dan Ayu berkahwin pada April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Radhi.

Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Nur Shazlin Sharif pada pada 2005 dan bercerai pada 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim,14.

Previous Post Next Post