Shaheizy Sam, Syatilla Melvin timang anak kedua




Berita gembira itu dikongsikan Sam, 37, menerusi Instagramnya sebentar tadi dengan memberitahu bayi mereka dilahirkan pada pukul 9.15 pagi.

Pelakon Shaheizy Sam menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga selepas isterinya Syatilla Melvin selamat melahirkan anak kedua mereka pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Sam, 37, menerusi Instagramnya sebentar tadi dengan memberitahu bayi mereka dilahirkan pada pukul 9.15 pagi.

“Sekarang kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah. Terima kasih semua,” tulisnya sambil mendedahkan jantina anaknya adalah perempuan.

Sebelum ini, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan menerima cahaya mata sulung Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun 11 bulan.


Previous Post Next Post