Atiq Azman Peminat Minta foto bogel




"Ini perkara paling ekstrem pernah saya terima daripada peminat tapi tak layan.

"Nak buat macam mana, saya sudah ada dalam industri ini, jadi kenalah hadap gangguan sebegini," katanya.

Pemilik nama sebenar, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah yang mulai popular dengan watak Amirul menerusi drama bersiri Nur dan Nur 2, berkata dia pernah terfikir untuk membuat laporan polis susulan gangguan itu.

Bagaimanapun katanya, apabila difikirkan semula adalah lebih baik mengabaikan saja permintaan sebegitu.

"Masa awal memang ada terfikir tapi lebih baik tak perlu layan pun. Kalau buat laporan, isu akan jadi lebih besar," katanya.

Atiq berkata, dia akan terus melayan peminat di laman sosial seperti biasa cuma akan menapis permintaan yang dianggap mengarut.


Previous Post Next Post